Assalammualaikum,
Salam pagi Jumaat yang mulia,semoga saya,anda,mereka,dia diberi rahmat pagi ini sehingga melelapkan mata dimalam ini. Menelusuri keindahan Jumaat ini dengan memandang juntaian strawbery yang indah mempersona ini, aida berjuang menulis blog ini seindah tatapanku dan tatapanmu. Kenapa ianya mengenai strawbery love kopi? Aida suka strawbery dan dia kopi.
Jumaat yang indah ini,titisan hujan masih belum berhenti. Masih mampu menerawang ke rumah,adakah kain baju itu akan kebasahan? oooohhh letihnya,malam ini tentu kena pergi mendobi layan diri. Hurrmmm tak apalah sebab esok cuti. Teringat cuti memang best,yang tak best kena masak...ahaha...abang adakah kamu tahu aida ini memang malas nak masak...tapi demi makanan yang berkhasiat kena masak.
Hari ini saya tak busy sebab baru awal tahun kan. Dah berhempas pulas kot di tanggal 31.12.2017 hari itu hingga jam nak berdetik 12malam 2018. Jadi minggu pertama ini masih boleh relek brother,relek brother. Jangan leka lama sangat ye Aida. Bos dah sound setepek tu,2017 leka,2018 pon masih juga leka. Walhal kami mampu tau membawa team Selangor ke Korea,walaupon aku tak mampu pergi. ouchhh sedihnya hanya Aida yang tahu.
Ha nampak tak muka ceria,bahagia,happy,smile always kami ni. Saya Aida mama vouge kepada 3 si permata hati lindungan bulan matahari,3 penyeri kesayangan para Rasul yang bijak pandai lagi bergaya ini. Saya wife kepada si jejaka yang sangat kuat cemburu. Haha,saya tidak secantik dan seindah Nealofa,saya hanya gadis kampung yang tidak pernah ada secret admire pon sedari sekolah hingga berada di alam kerjaya. Satu-satunya lelaki didunia ini yang mencintai,jatuh cinta,jatuh hati teruk dengan saya hanyalah Reza Bin Mohamed Yusoff. Allah telah utuskan dialah saje jodoh saya,dunia akhirat,tapi dia suka cemburu. Haha. Ayat dia,awak cantik dan pasti ramai peminat. Saya persilakan anda semua muntah. Tapi....dengar dulu ye para pembaca semua. Saya tidak ada peminat lelaki. Belum dan mungkin tidak akan wujud lelaki lain didunia ini untuk cuba mendampingi saya. Ke mana-mana jua langkah kaki saya ini melangkah, hanya Reza lah peneman setia saya,selamanya.
Ha nampak kan bukti 1-aidareza in love kat Cameron Highlands. Ini percutian rushing yang sempat kami rancang di saat-saat akhir.



No comments:
Post a Comment